Kisah Politik Di Kampung Baru.(Bahagian Satu)

May 6th, 2008 by jutawan35

Dipetik dari :-

http://www.alrihlah.com/web/

Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa dapat kembali kita bertemu di topik yang baru ini. Kali ini penulis ingin mengulas dan menyentuh tentang ceritera politik yang difahami berdasarkan perspektif peribadi penulis yang menyentuh pandangan orang melayu, orang Kuala Lumpur,orang muda.

Dan sudah pasti dari benak pemikiran seorang insan biasa yang begitu dangkal dan lemah kefahaman ilmu politik ini. Niat di hati penulis sekadar ingin belajar dan memulakan langkah awal dalam berkongsi idea tentang topik politik ini.

Seperti biasa penulis mulakan dengan kata-kata falsafah guru penulis,

“Langkah pertama itu ada harapan sedangkan tidak melangkah itu langsung tiada harapan.”

“Orang yang takut untuk berjuang itu, adalah orang yang tewas sebelum berjuang dan kalah sebelum berjaya.”

(Kata-kata nukilan guruku Dato’ Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Sagoff)

Apakah yang dikatakan politik itu?

Mengikut kamus English-Indonesia terbitan Modern English Press, Jakarta 1986 politik bermaksud cerdik contohnya : “politic answer to the reporters quation”.(jawapan yang cerdik untuk soalan wartawan). Ia juga memberi makna helah dan pandai dalam menyelesaikan masalah.

Politik adalah berasal daripada bahasa latin iaitu Politicus (bukan tikus!) dan dalam bahasa greek ialah politicos, kedua-duanya memberi makna rakyat. Politik juga diberi makna hati-hati ketika menjalankan sesuatu polisi yang telah diputuskan. Ada sebilangan orang Athen menyebut bahawa politik adalah berasal daripada perkataan polish yang membawa erti bandar.

Mengikut Encyclopedia of Americana, orang yang terawal menggunakan istilah ini ialah Plato (427-347 S.M) dengan karyanya Politeia dan Aristotle (384-322 S.M) dengan karyanya politica.

Walau bagaimanapun politik tidak boleh ditafsirkan jauh daripada soal kekuasaan dan pemerintahan. Ensiklopedia Malaysiana menyebut politik ialah proses yang melambangkan gelagat manusia yang sedang bergelut dengan masalah antara kebaikan bagi satu pihak dan keburukan bagi pihak yang lain dan penyelesaiannya adalah membabitkan penggunaan kuasa.

Mengikut J.R Thaeikrah dalam bukunya bertajuk Politics, Made Simple, Oxford 1987, politik ialah proses dalam system kemasyarakatan yang mana matlamatnya dipilih mengkut keutamaan berdasarkan sumber yang sesuai.

Aristotle memberi ulasan bahawa politik tercipta oleh perjuangan untuk mendapat kehidupan yang sempurna, ia dilakukan dalam bentuk kumpulan atau pertubuhan manakala politik adalah satu kajian yang melibatkan pengaruh seseorang dan masyarakatnya. Tanpa pengaruh dan sokongan suasana politik tidak mungkin timbul.

Bagaimana politik dipandang dari perspektif cendikiawan Islam?

Dalam system pendidikan atau metodologi Islam, politik disinonimkan dengan istilah SIYASAH.

Pengertian Siyasah.

Siyasah berasal daripada bahasa Arab yang membawa erti perintah, melakukan kebaikan dan mendidik. Mengikut kamus al-Mu’jam al-‘arabi , siyasah ialah mengetuai tampuk pemerintahan dan menguruskan urusan manusia. Kalimah ini sudah mula dikenali pada zaman Rasulullah s.a.w. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Mafhumnya:

Kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para nabi setiap kali meninggal seorang nabi akan diganti oleh nabi yang lain dan sesungguhnya tiada nabi selepas aku tetapi akan ada khalifah yang ramai.                                                                                                                 (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Menurut Mustafa Haji Daud seorang penulis politik Islam dan pensyarah UUM, kalaulah perkataan politik itu wujud di zaman Yunani, perkataan siasah pula muncul serentak dengan kelahiran Negara Islam di Madinah.

Manakala di Tanah Melayu perkataan ini telah diterima dalam perbendaharaan ka bahasa Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke – 15 lagi ia lebih awal daripada perkataan politik yang dibawa oleh penjajah Inggeris dan Belanda.

Pemikir Islam dari Mesir Hasan Fauzi al-najar memberi takrif siasah ialah pengurusan hal ehwal manusia dengan menjaga kebajikan dan bekerja untuk kebaikannya. Beliau berpendapat politik membicarakan soal pokok yang penting iaitu Umat Islam, tanahair dan kerajaan.

Umat Islam adalah asas bagi masyarakat. Tanahair adalah asas bagi masyarakat. Tanahair adalah asas bagi kebendaan dan kemajuan. Kerajaan adalah penyelaras pentadbiran Negara dengan menjaga kemaslahatan rakyat dan menentukan undang-undang untuk digunakan di dalamnya.

Hassan Al-Banna (1949) menghuraikan siasah adalah kajian tentang persoalan Umat Islam samada dalam dan luar negeri dan ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata. Beliau juga menyebut dalam kenyataan yang lain, seseorang muslim tidak akan sempurna keislamannya kecuali ia mengambil berat persoalan politik umatnya.

Secara umumnya, ahli cendikiawan sepakat mengatakan bahawa politik ialah bidang yang besar. Ia bertanggungjawab mengurus manusia dengan menggunakan kuasa dan pengaruh.

Mengapa politik sinonim dengan pendekatan kepartian?

Politik kepartian adalah istilah yang diterjemahkan daripada political parties. Istilah ini timbul di sekitar abad ke-17. Ia memberi maksud individu yang bergabung dalam satu pertubuhan dan berusaha menggunakan kuasa untuk menjalankan polisi partinya.

Sejarah pembentukan parti di Eropah bermula apabila pemerintahan monarki membentuk majlis penasihat daripada rakyat, majlis penasihat ini disebut Representative Assemblies atau parlimen.

Apabila ahli bertambah dan perwakilan semakin ramai, mereka akan memilih ketua untuk mengetuai parlimen. Untuk tujuan itu mereka membentuk kumpulan masing-masing dan daripada kumpulan-kumpulan ini terbentuknya parti-parti politik di Eropah dan Amerika.

Dalam Negara yang mengamalkan system demokrasi setiap Negara akan mempunyai paling sedikit dua pertubuhan kerana satu Negara satu parti adalah symbol kepada Negara dictator. Para ilmuan membahagikan jenis politik kepartian kepada tiga.

1. Single party system.

Sistem politik yang tidak membenarkan tertubuhnya banyak parti. Contoh yang terdekat ialah di German semasa pemerintahan parti Nazi atau The National Sosialist Party (NSP).

2. Two party system.

Sistem politik yang membenarkan ditubuh hanya dua parti sahaja untuk bertanding dalam pilihanraya. Contohnya di Amerika dan Kanada.

3. Multy party system.

Sistem politik yang membenarkan ditubuhkan parti politik tanpa had tertentu. Keadaan ini berlaku dalam negara-negara di Asia dan Kanada.

Pandangan Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Hassan Al-Banna tentang politik.

Dr. Yusof al-Qardhawi ketika membahaskan politik dan kepartian berpendapat bahawa politik dan kepartian adalah berbeza, ia mungkin boleh seiring dan mungkin juga ia terpisah. Seseorang itu mungkin ia seorang politikus tetapi tidak terlibat dalam kepartian dan seseorang itu juga mungkin terlibat dalam kepartian tetapi tidak memahami apa-apa tentang politik.

Hassan al-Banna (1948) ketika ditanya tentang jemaah Ikhwan dan politik Mesir, beliau menjawab bahawa Ikhwan tidak terlibat dalam politik secara murahan iaitu dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain dan mengangkat kebaikan dirinya. Namun ikhwan menyertai politik kerana ia adalah tanggungjawab besar bagi umat Islam di akhir abad ini.

Penulis mendapati daripada pandangan Hassan al-Banna (1948) dan Yusof al-Qardhawi, bahawa Pemikiran Politik Islam meletakkan agama melebihi kepentingan parti sekiranya berlaku pertembungan antara agama dan parti dan berpegang kepada agama.

Parti tidak membawa apa-apa makna kerana ia hanya sekadar vehicle (kenderaan), wasilah (jalan), uslub (cara) di mana seseorang Islam boleh menyertai dan meninggalkannya. Semuanya itu bergantung kepada sejauh mana ia mengikut kehendak agama.

Ada apa dengan kisah politik di Kampung Baru?

Setelah penat menaip berjela-jela teori politik seperti di atas, barulah kini penulis hendak masuk ke topic Kisah Politik di Kampung Baru.  Kampung Baru sebenarnya adalah sebuah perkampungan melayu yang telah tertubuh sejak tahun 1900 oleh inisiatif penjajah British untuk menempatkan keseluruhan masyarakat supaya kekal dengan cara hidup kampung dan mereka menggelarkan kawasan di situ sebagai “Malay Agriculture Settlement” sesuai dengan Dasar Pecah dan Perintah British supaya pemikiran masyarakat melayu tidak berkembang jauh.

Tapi di situlah juga berlaku dinamika kebangkitan pemikiran politik Orang Melayu dengan terdapat sejarah awal yang menunjukkan bahawa sejarah penubuhan awal UMNO bermula di Kelab sultan Sulaiman. Sejarah 13 Mei 1969 juga bermula di situ apabila pertelingkahan bermula antara bangsa cina dan melayu kerana kaum melayu di situ tecabar dengan sorakan berlebihan penyokong wakil rakyat Orang Cina yang menang dalam pilihan raya

Dan pada 14 April 2008 yang lalu, sejarah telah tercipta apabila sekali lagi Kelab Sultan Sulaiman bergema dengan sorakan dan kehadiran lebih 20 ribu orang mendengar pidato politik yang disampaikan oleh Mantan TPM iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim meraikan hari pembebasan beliau dari bergiat dari arena politik.

Bersambung di episod kedua….

Sejarah tidak menipu tetapi buku sejarah yang menipu kita!

April 20th, 2008 by jutawan35

Dipetik dari website :- www.alrihlah.com

Written by Citra Ageng    
Sunday, 20 April 2008

Terima kasih diucapkan kepada moderator website al-Rihlah dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan mengikut perkembangan penulisan penulis di ruangan Citra Ageng ini.

Tujuan penulis menulis kali ini adalah berkaitan dengan topik yang bertajuk “Sejarah tidak menipu tetapi buku sejarah yang menipu kita”.

Topik ini sangat menarik kerana penulis ingin membicarakan tentang aspek oksidatalisme (kisah sejarah yang diberi nafas baru) seperti yang diperjuangkan oleh saudara Faisal Tehrani dalam karya-karya novel beliau yang cukup memikat sukma.

Dipermudahkan ceritera, berbalik kepada topik penulis itu. Kita sering mendengar tentang kisah-kisah sejarah yang kita percaya ianya benar-benar berlaku kerana kita sudah biasa disogokkan dengan buku-buku teks sejarah ketika di sekolah rendah dan menengah yang dipaksa disumbat di dalam kepala otak tanpa dibenarkan untuk menyanggah idea-idea tersebut melalui pemikiran kritis dan analitikal.

Jika cuba menyimpang dari fakta yang diberikan ketika menjawap kertas peperiksaan sejarah di peringkat SPM, STPM misalnya, jawabnya gagallah kertas peperiksaan itu.

Para pelajar di sekolah mahu pun di peringkat institut pengajian tinggi memang telah diajar untuk menjadi penghafal yang baik, seterusnya hasil hafalan itu diterjemahkan ke dalam kertas peperiksaan, lepas itu dapat 4 flat lepas itu menganggur! Samalah kita seperti burung kakak tua yang disuruh menghafal dan menuturkan di khalayak ramai.

            Seperti kata falsafah guru penulis,

“Kreatif adalah asas kepada kejayaan dan asas kejayaan adalah kreativiti”.

Maka, apabila murid-murid, pelajar-pelajar sekolah mahupun IPT telah dipaksa untuk menjadi burung kakak tua, hilanglah nilai kreativiti dalam pemikiran Generasi Ulul Albab yang diharap akan  menjadi generasi hebat yang akan menjadi pelapis pemimpin masa depan. Perkataan ‘Ulul Albab’ disebut dalam al- Quran sebanyak 16 kali.

Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat. (Burung kakak tua adalah spesis burung cantik yang boleh berbahasa manusia tetapi tidak faham apa yang dituturkan).

Dipermudahkan cerita, sistem pendidikan masa kini yang menyebabkan lebih ramai orang menganggur, yang menyebabkan lebih ramai orang yang makin buta hati, rosak akhlak, jenayah berleluasa mungkin ada silap di mana-mana yang perlu dikaji dan dirubah ke arah yang lebih baik.

Murid, pelajar dan siswa telah hilang kreativiti dalam mengadaptasi ilmu yang dipelajari dalam konteks pengamalan dalam kehidupan seterusnya pemangkin untuk kejayaan dalam kehidupan setelah tamatnya alam persekolahan mahu pun universiti telah bertukar kepada kegelapan kegagalan. Apatah lagi jika di peringkat sekolah lagi telah gagal dalam pelajaran dan rosak akhlak menyebabkan berlakunya kerosakan besar dalam sistem nilai kekeluargaan dan masyarakat.

Sejarah Kuala Lumpur

Berbalik kepada topik awal tadi tentang aspek sejarah tidak menipu itu,penulis ingin kongsikan cerita sejarah penubuhan Kuala Lumpur. Pensejarahan Kuala Lumpur bermula pada 1857 bila kerabat Kerabat Diraja Selangor Raja Abdullah membuka penempatan untuk perlombongan bijih timah di Lembah Klang.

Aktiviti perlombongan bijih timah telah menyebabkan pembentukan kuala yang berlumpur di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan bersempena itu Kuala Lumpur mendapat namanya.

Kapitan Cina Yap Ah Loy telah membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah pekan kecil sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting kepada Selangor. Pada tahun 1880, Kuala Lumpur telah dijadikan ibu negeri Selangor.

(Dirujuk daripada Buku Siri Pengetahuan Am, “Bandaraya Mercu Kegemilangan Negara” terbitan Jabatan Penerangan Malaysia Tahun 2008).

Soalan dari artikel penulis yang terdahulu telah terjawab di sini bahawa yang membuka Kuala Lumpur adalah Raja Abdullah bukan Yap Ah Loy. Malahan guru penulis menegaskan bahawa Yap Ah Loy hanya ketua buruh yang dibawa oleh British untuk melombong bijih timah di situ.

Kisah Sejarah Pasir Salak

Di sekolah juga kita disogokkan dengan sikap Pahlawan-Pahlawan Melayu yang dikatakan bangkit berjuang kerana marah dengan kuasa memungut cukai telah disekat seolah-olah Pahlawan-Pahlawan Melayu itu tamak pada duit dan pangkat semata-mata sedangkan mereka bangkit menentang kerana penjajah ketika itu sungguh biadap dengan orang melayu dan cuba campur tangan dalam adat istiadat melayu dan juga dikhabarkan penjajah-penjajah ini cuba menyampaikan dakyah kristianisasi kepada masyarakat setempat.

  Diriwayatkan juga di Pasir Salak bahawa Dato’ Maharaja Lela telah membunuh J.W.W Birch dengan cara seorang penakut dan bacul  lagaknya mengendap ketika J.W.W Birch tengah mandi yang penulis rasakan mandi tidak tutup aurat rasanya. Begitulah digambarkan oleh penjajah dan seterusnya kita pula menerima bulat-bulat tanpa sanggahan atas tuduhan yang begitu jijik dan keji sehinggakan  pahlawan Melayu kita dihina sebegitu rupa.

Sedangkan menurut riwayat lisan rakyat tempatan yang ditegaskan oleh guru penulis iaitu Dato’ Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof  (beliau dilahirkan di Perak seorang guru pidato dan pemidato hebat setaraf Dato’ Seri Anwar Ibrahim) bahawa pertempuran antara tentera penjajah laknat itu yang diketuai oleh J.W.W Birch dengan Pasukan Dato’ Maharaja Lela telah diputar belitkan faktanya oleh buku teks sejarah masa kini.

Penjajah British laknat itu sebenarnya ditentang secara berhadapan oleh pasukan pahlawan yang diketuai oleh Dato’ Maharaja Lela dan akhirnya J.W.W Birch Berjaya ditikam secara berhadapan dengan penuh keberanian dan semangat perjuangan jihad Fi-Sabilillah sehingga J.W.W Birch lari ketakutan sehingga terjun ke dalam sungai di Pasir Salak.

Bukan dengan secara menyumpit secara menyorok di belakang semak atau men‘skodeng’ ketika J.W.W Birch tengah mandi bogel. Padahal pada waktu itu tentera penjajah lengkap dengan senjata api sedangkan Pahlawan-Pahlawan Melayu hanya bersenjatakan keris, parang dan tombak. (Mandi bogel itu penulis yang tambah untuk menambahkan lagi kesan dramatik).

Rumusan kepada dua analogi kisah sejarah itu.

Jelaslah, sejarah tidak menipu kita. Sejarah telah merakamkan kehebatan orang melayu.Bahawa bangsa melayu tidak lembik, lemah, dan bacul. Bangsa Melayu bukan penakut tetapi buku sejarah telah memandulkan pemikiran kita, menjumudkan perasaan dan kotak minda kita sehingga kita menerima begitu sahaja segala dakyah penjajah dan menerimanya tanpa tapisan.

            Kita semua tahu bahawa Empayar Melaka pernah mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1458-1477), yang terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.

            Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.

             Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) pula pernah diriwayatkan menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab sebagai contoh ikutan dalam aspek pemerintahan dengan menyamar di waktu malam sebagai rakyat biasa dan meronda-ronda di sekitar negeri dan pelabuhan Melaka. Baginda juga telah menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Empayar Melaka ketika itu.

Kehebatan Bahasa Melayu

          Guru penulis juga pernah memberitahu pada penulis kehebatan Bahasa Melayu ketika itu sangat-sangatlah hebat sehingga diguna pakai oleh lebih 80 etnik yang tinggal dan berdagang di Pelabuhan Melaka. Sehinggakan sesiapa sahaja yang datang ke Pelabuhan Melaka mesti wajib pandai bertutur dalam Bahasa Melayu. Surat rasmi kepada sultan juga mesti dalam Bahasa Melayu.

          Ketika itu Pelabuhan Melaka merupakan Pelabuhan Entrepot yang merupakan antara pelabuhan utama dunia kerana seluruh dunia barat, Kerajaan Cina, Arab, India, bangsa-bangsa dari ‘Malay Archipelago’ datang berdagang di situ. Terlalu hebat dan gah Pelabuhan Melaka ketika itu dan segala barangan di dunia ini dijual di situ kerana produk-produk tersebut datang bersama pedagang-pedagang di seluruh dunia. Hebat!

            Menurut Wikipedia pula, statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu  berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

          Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Penutup

           Kepada sahabat-sahabat sekalian, sudah tiba masanya untuk kita berjuang bersungguh mengembalikan kegemilangan Bahasa Melayu tercinta di tempat yang sewajarnya. Pejuang-Pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Gajah,IbrahimLimbong dan Dol Said perlu dipertonjolkan sebagai golongan perwira pejuang melayu yang gagah berani dan ikhlas menentang penjajah dari barat.

            Selepas generasi mereka pula kita ada Burhanuddin Al-Helmi, Tok Kenali dan ramai lagi Tok-Tok Guru sekolah pondok yang menekankan aspek akidah yang mantap sebagai tunjang ilmu pengararan di madrasah dan sekolah pondok dalam berhadapan dengan dakyah pengkristianan penjajah British melalui sekolah-sekolah inggeris misionari .

         Perjuangan ke arah kemerdekaan yang bermula dari awal abad ke 20 yang dicetuskan oleh pelajar-pelajar al-Azhar seperti Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi, termasuk guru dari Makkah seperti Syeikh Abbas Taha melalui perjuangan kesedaran ilmu dan penulisan juga seolah-olah tidak dihargai oleh buku-buku sejarah dan penganjur sambutan sejarah kemerdekaan negara kita dewasa ini.

           Tokoh-tokoh tersebut menerima pengaruh pembaharuan dari Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Reda. Tetapi mereka ini telah dilupakan dan nama yang disebut- sebut sudah pastilah hanya Tunku Abdul Rahman sahaja. Tokoh-tokoh lain tidak berjasakah?

         Penulis tutup dengan kata-kata hikmah dan pantun di bawah sebagai renungan. Fikirkanlah dan buka minda anda semua.

          “Kau menang bukan bererti kau benar. Kau kalah bukan beerti kau salah. Menang dan kalah bukanlah sempadan benar dan salah kerana yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan”.                               

(Ahli Blogger Pujangga)

“Di atas robohan Kota Melaka,

Kita bangunkan jiwa merdeka,

Bersatulah Melayu seluruh baka,

Membela hak keadilan pusaka”.

(Kata-kata Dr. Burhanuddin Al-Helmi ketika berada di Kota Melaka,1946)

Jumpa anda di puncak jaya. Jaya dunia, jaya akhirat. Akhirul kalam. Wassalam.

(Catatan yang akan datang bertajuk. “Kisah politik di Kampung Baru.”

Tamat ditulis tepat jam 11.00 malam.

Tahniah dan takziah kepada yang berjaya jadi wakil rakyat !

March 9th, 2008 by jutawan35

Assalamualaikum w.b.t..

Aku sebenarnya sudah cukup lama tak menghantar sebarang perutusan dalam blog maya ini…Aku sedang bertapa mencari ketenangan dan kekuatan jiwa… Beruzlah menilai kelemahan diri yang terlalu banyak… Berdiam untuk lebih menilai diri dan persekitaran dengan lebih sensitif dan agresif..

Tapi terluah juga di buletin ini… Tahniah dan takziah kepada calon-calon yang berjaya jadi wakill rakyat.

Tahniah kerana ini peluang anda untuk tambah lagi pahala berlipat ganda dan takziah kerana ini juga peluang anda untuk lipat gandakan dosa…

Kawan-kawan PAS begitu vokal meraikan kemenangan yg tak terduga ini… Kawan-kawan di pihak BN kenapa berdiam diri…

Aku sebagai rakyat biasa yang bersikap atas pagar, non-partisan, non-parti centric ini (tapi bukan pengikut tabligh dan hizbut tahrir) inginkan penjelasan silang balas dan ingin dengarkan suara anak-anak muda Pejuang UMNO… Lontarkan luahan anda kerana aku sedang menanti….

Selamat tinggal semua kerana aku ingin kembali meneroka dan mencari di mana di Al-Quran, di mana dia As-Sunnah, di mana dia As-Shafie dan di mana di Al-Ghazali..Bukan harta menimbun-nimbun, bukan kawan-kawan untuk berfoya..

Selamat tinggal semua …Aku akan kembali bertapa, beruzlah mencari kekuatan untuk membaiki diri yang banyak dosa, banyak kelemahan dan moga aku terus diberi kekuatan untuk terus dapat menjadikan amalan taubat sebagai amalan harian sehingga ke akhir hayat..

Akhirul kalam… wassalam…

18 Ramadhan 1428

October 3rd, 2007 by jutawan35

Latihan_pidato_02 Pidato Kisah Kelas Pidato dan dua orang Siti…

       Sepanjang pagi aku hanya habiskan masa di anjung Rahmat melepak di kedai Buku Kang Zaid sehingga tengah hari sambil menyiapkan friendster baru untuk Pusat Maklumat Rakyat jabatanku.

       Pada pukul 2.30 petang aku mengahdiri Kelas Intensif Pidato Profesional di bawah kendalian Dato’ Dr. Syed Ahmad di IYC. Kali ini kelas pidato tersebut juga dihadiri oleh rakan-rakan usrah dan pidatoku iaitu Kang Zaid, Firdaus dan Cikgu fizi.

       Cuma yang menariknya cikgu fizi bawa sekali anak-anak buahnya dalam kelab pidato beliau dari institut bahasa dan Kolej Teknologi timur. 4 orang kesemuanya. Yang dua orang tu namanya siti. Satu bernama siti Munawarah dan satu lagi bernama Siti Nuhara. Sedang buat A Level sebelum terbang ke india untuk buat medic.

       Yang hebatnya dia orang ini teknik pidato mereka sangat-sangat hebat. aku sendiri terasa segan dan malu sebab aku sebelum ini lebih kepada teknik public speaking untuk fasilitator. untuk pidato memang aku benar-benar tak mahir. Adik siti Nuhara ni biasa masuk pertandingan pidato sejak dari sekolah hingga sekarang.

       Maka no wonder kepetahannya berpidato sangat memukau hatiku… (kepada Si Bunga di Taman nan indah..Jangan salah faham okeh..hehe. Ni puji dari aspek pidato semata-mata tak lebih dan tak kurang)

       Aku lihat teknik Dato’ berpidato sangat hebat sehinggakan setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya amat menusuk jiwaku dan dapat kurasa auranya. Dato’ memang hebat dalam teknik pidatonya dan sepanjang aku hidup 25 tahun, beliaulah satu-satunya pemidato yang dapat buat aku rasa getaran jiwa macam ini.

       Beliau belajar pidato dari Kiyai soeharjo dari Indonesia. antara tokoh-tokoh yang juga belajar dari Kiyai soeharjo ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Shamsiah Fakeh, Tan Sri Asiah Ghani dan Zaaba. Bila mendengar Dr. Syed berpidato kelihatan teknik verbal dan non verbal beliau sangat lancar, memukau dan boleh menaikkan semangat orang.

        Tonasi suara beliau juga begitu lantang dan beliau dapat mengekalkan momentum lantang tu selama 4 jam tanpa henti sepanjang kelas berlansung sehingga 6.30 petang.

        Inilah yang dikatakan oleh Cikgu Fizi "pidato isi" yang cukup berbeza dengan "pidato kulit". Pidato kulit ini kebanyakan dipraktiskan oleh mereka yang masuk pertnadingan pidato dan mungkin belajar pidato tanpa gurumursyid seperti Dato’ atau pidato hanya untuk pertandingan semata-mata.

        Itulah yang menyebabkan aku tak minat pidato dari dulu sebab benda pidato kulit inilah yang aku lihat mereka yang berpidato ini seperti berpura-pura sahaja.

Sehinggalah aku bertemu dengan Dato’ Dr. Syed Ahmad… Persepsiku tentang pidato telah berubah sama sekali.

Kata-kata beliau yang amat aku sukai.

"Piadato bukan sekadar melontarkan kata-kata semata-mata, tapi pidato adalah cara melontarkan kebijaksanaan."

"Pidato adalah ilmu kalam dan ilmu kalam adalah datangnya dari Allah s.w.t dan gunakanlah ilmu kalam ini untuk mendapat redha Illahi."

17 Ramadhan 1428

October 3rd, 2007 by jutawan35

01tajil 051024_iftar_bro_1 Iftar_1 Program APIS dan Iftar Jamaie (Berbuka Puasa Berjemaah)…

Assalamualaikum w.b.t..

      Catatan diari Ramadhan aku akan berakhir bermula 20 Ramadhan. Ini adalah kerana untuk memastikan focus penumpuan hanya pada ramadhan semata-mata. Tinggal lagi 10 hari sahaja bulan ramadhan kali ini akan berakhir.

       Terasa lemah, hina dan kerdil diri ini kerana tidak manfaatkan bersungguh-sungguh pesta ibadah ramadhan yang Allah telah sediakan. Adakah aku berpeluang lagi ketemu ramadhan di edisi tahun hadapan?

17 Ramadhan

      Sepanjang pagi hingga tengah harinya hanya duduk di rumah. Mengemaskinikan bilik tidur yang bagaikan dilanggar garuda dari Indera Kayangan. Sepatutnya busy bukan suatu alasan. Meja di bilik berterabur dengan adunan dan lambakan pelbagai jenis buku yang tak sempat dihadamkan.

     Rancanganku untuk menghadamkan 5 jenis buku sehari tak berjaya. Memang skill pembacaan 4 buku serentak telah berjaya dikuasai tapi skill fast reading aku belum betul-betul expert lagi. Baru peringkat novis.

Pukul 12.30 tengah hari aku ada program bersama adik-adik APIS, kenali mereka di sini —->

http://apis.com.my/apis/pengenalan-3.html

      Adik-adik ni rata-ratanya berumur 18 dan 19 tahun tapi cukup bersemangat dengan gerak kerja dakwah Islam. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar lepasan SBP yang samada telah masuk IPTA, buat A-Level dan kebanyakannya dalam proses untuk ke luar negara.

     Hebat-hebat dia orang ni dari segi akademik dan sahsiah. Program mereka kali ini adalah program meeting untuk merancang program ukhuwwah yang akan menghimpunkan pula junior-junior mereka yang akan tamat SPM pada tahun ini dan dalam masa yang sama mereja juga mengadakan aktiviti Iftar Jamaie sesama mereka demi merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.

       Mereka berbuka puasa dengan masak sendiri dan kumpul duit sendiri. Hebatlah mereka. syabas adikku Ikhwan. semoga usaha dakwah anta menjadi tiket yang bernilai untuk kita sama-sama masuk syurga bersama-sama nanti…Bertemu dan berpisah kita kerana Allah…InsyaAllah..

      Cumanya waktu maghribnya aku tak dapat untuk berbuka puasa bersama mereka kerana aku harus segera bergerak ke Kolej Dar Al Hikmah.Malamnya aku ada iftar jamaie dan sambutan Nuzul Quran di Kolej Darul Hikmah.

      Sempena Nuzul Quran hari ini selepas saja tarawih kami mendengar Kuliah Tafsir Maudu’i oleh Dato’ Dr. Sidek Fadzil idola intelektualku buat kali ke 51 setelah 4 tahun kuliah tafsir itu terhenti.

      Dr. Sidek menekankan tentang tafsir surah yang berkaitan dengan kisah Iskandar Zulkarnain yang dipetik dalam al-Quran. Sungguh mengujakan kerana huraian ayat beliau seiring dengan isu semasa. Konsep cerita mengenai Iskandar Zulkarnain ini berkisar tentang konsep leadership dalam Islam.

      Iskandar zulkarnain ini mengembara seluruh pelusuk dunia dalam menyebarkan tauhid Ilahi dan dalam masa yang sama beliau merupakan pemimpin yang begitu bersyukur dengan bala tenteranya yang begitu hebat yang merajai seluruh pelusuk dunia.

      Setelah tamatnya kuliah tersebut satu perjumpaan tak rasmi dengan adik-adik junior pimpinan PKPIM Uitm telah dilaksanakan. Kami buat perbincangan dari hati ke hati berkongsi masalah dan perasaan mengenai apa sahaja isu terutamanya dalam bergerak sebagai Dai’e di jalan Allah ini…

      Hebat dia orang ni. Jauh-jauh datang dari Shah alam naik bas dan komuter semata-mata untuk ke program di KDH ni.

12 hingga 16 Ramadhan 1428…

September 29th, 2007 by jutawan35

Assalamualaikum w.b.t…

        Aku betul-betul terlalu busy dengan urusan pekerjaan di jabatan dan beberapa program aktivisme masyarat dalam tempoh ini. Jadinya memang tak kesampaian hajat di hati ini hendak menulis catatan diari ramadhan setiap hari. Namun akan kucuba setakat termampu dan teringat yang mungkin untuk kunukilkan kisah-kisah ramadhanku yang tak seberapa ini..

12 Ramadhan

        aku pun tak pasti apa program aku hari ini. Tapi yang pastinya rutin di pejabat adalah sama setiap hari. Menghadap komputer, mentelaah berjenis-jenis surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa. dan melayari pelabagai laman web ilmiah denagn rakusnya…

13 Ramadhan

         Adikku Ariff baru pulang dari Australia selepas tamat training bersama pasukan bola Malaysia bawah 15 tahun. Di Perth, Australia adikku kata di sana harga barangan agak mahal. Di sana ramai orang melayu.Adikku membelikan cenderamata yang sangat-sangat aku suka.. Majalah dan surat khabar dari Australia. Size suratkhabar di sana lebar-lebar dan besar. Kami buka puasa dengan happynya sebab semua ahli keluarga ada di rumah.

14 Ramadhan

         Entahlah. Aku betul-betul tak ingat apa aktiviti menarik yang aku buat hari ini.Oh ya! aku ada meeting yang cukup memenatkan dari pagi sampai ke petang di pejabat. Meeting hari ini sangat special sebab kami ditugaskan untuk membuat persiapan untuk gerak kerja persiapan pilihanraya umum Malaysia yang akan datang. Pengarah dan wakil kementerian ingin maklumat terkini di setiap kawasan parlimen mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi dan sosial.

        Baru teringat. Malamnya aku mengahdiri Kelas Pidato Profesional bersama Dato. Dr, Syed Ahmad Al-Sagoff sebagai guru pidato kami di IYC Bandar Tun Razak. Hebat sungguh teknik beliau berpidato. Memang terasa kerdil diri ini dengan teknik pidato beliau. Dr. Syed Ahmad bercita-cita besar untuk menubuhkan Universiti Pidato Agung Malaysia. Aku memang boleh merasakan aura kehebatan beliau berpidato.

Kata-kata beliau…

" Ilmu pidato bukanlah ilmu untuk melontarkan perkataan semata-mata, tapi adalah ilmu untuk melontarkan kebijaksaan"

"Pidato itu adalah ilmu kalam. Hakikatnya
tidak ada satu ilmu yg diturunkan Allah ke muka bumi ini dgn sia-sia. Maka setiap
ilmu itu adalah jalan untuk kamu berbakti kpd Tuhanmu"

       InsyaAllah aku akan istiqamah untuk mempelajari teknik ilmu kalam ini…aminn

15 Ramadhan

       Hari ini sangat-sangat best! Aku menjemput kawan-kawan usrahku untuk adakan usrah di rumah dan juga iftar jamaie. 10 orang yang hadir di rumah. 7 brothers dan 3 sisters. Kami bersolat jemaah Isyak dan tarawih di rumahku. Paling best bila tba time taaruf.

       Semuanya ceritakan penagalaman kerja dan universiti masing-masing. Ada yang field undang-undang sivil, syariah , ekonomi, engineering, ex-al azhar student, usuludin. Yang paling menarik tak sangka seorang muslimat ni rupa-rupanya join sekali usrahku.

       Dia ni seorang PTD yang merupakan seorang A.D.O impress betul aku. Dia juga pernah keluar majalah dewan siswa sebagai pendakwaraya wanita termuda di Malaysia. Baik dan peramah dan cukup humble orang. Salam ukhwah dariku..

p.s- (Kepada si bunga mewangi di taman nan indah jangan fikir negatif ya.husnul zon banyak-banyak, dia hanya sekadar sahabat usrah yang baru kukenali,tiada apa-apa di antara kami. hati ini tetap pada yang satu wahai cahaya kesempurnaanku…amin)

16 Ramadhan

       Hari ini cukup-cukup busy dengan aktiviti menyiapkan pelbagai laporan di office. solat jumaatku di Surau Al-Falah. Sebenarnya aku hendak solat jumaat di rumahku, Tapi dalam perjalanan balik dari office ke rumah jalan jem teruk. Aku berhenti di pertengahan jalan di kawasan Taman Cahaya.

        Ternampak sign board di tepi jalan tertulis "Solat Jumaat akan diadakan di Surau Al-Falah bermula 2 Ramadhan". Aku pun berhentilah di surau Al-Falah. Rupa-rupanya surau tu baru naik taraf dan aku dapat rasakan something special about this surau. I will figure out later..

       Berbuka puasa di Surau Muhlisin. Macam biasa bila melibat program buka puasa Komuniti Bestari Jabatan Penerangan aku pun jadi tetamu khaslah dalam program tu. Berbuka puasa di surau tu cukup istimewa kali ini.Kami dihidangkan dengan ayam kampung goreng berempah dimakan bersama kari dan nasi briyani.

        Ayam kampung tak sebesar ayam bandar. Separuh saiz ayam bandar. Jadinya aku pun melantak dengan enaknya seekor ayam kampung yang dimakan dua kali trip. Satu trip (sepinggan briyani dan separuh ayam) dan second trip pun macam first trip tadi.

        Hasilnya, tarawih aku di surau itu cukup berat sekali. Malamnya after tarawih bila call cahaya kesempurnaan tak dapat focus pada apa yang nak dibincangkan sebab mata cukup-cukup mengantuk dan aku sendiri tak pasti benda apa yang aku cakap kat si dia. Sorry ye cahaya kesempurnaanku..

Perjuangan aspirasi pro mahasiswa UPSI..

September 29th, 2007 by jutawan35

Mahasiswa_2

11 Ramadhan 1428

          Hari ini aku bersama Cikgu Fizi, Kang Zaid menziarahi kawan-kawan di UPSI. Atas permintaan kamarul yang merupakan sahabat lama di uitm meminta kami untuk hadir di UPSI untuk berkongsi pendapat mengenai idea-idea idealisme mahasiswa. Ini adalah pengalaman pertamaku di UPSI. Apa yang dapat kulihat susuk tubuh dan penampilan budak-budak upsi memang rata-ratanya smart, kemas dan nampak bijak. Mungkin sebab mereka sedar mereka inilah bakal menjadi pendidik kepada anak bangsa maka sewajarnya mereka ini mempunyai identiti seorang bakal guru yang berwibawa.

        Yang menariknya isu di UPSI. Pilihanraya universiti kali ini di upsi adalah pertentangan antara aspirasi vs. aspirasi. Cuma satu kumpulan didokongi oleh H.E.P kerana faktor group itu dikatakan mempunyai hubungan baik (kipas kuat) dengan H.E.P. Group satu lagi dituduh pembangkang kerana pemikiran idealisme yang betul-betul meperjuangkan hak-hak mahasiswa dan kepentingan moraliti di kalangan students menyebabkan pihak H.E.P rasa tak selesa.

        Perbincanganku dengan sahabat-sahabat UPSI ini cukup-cukup menarik. Mereka sedar tanggungjawab mereka selepas tamat pengajian adalah untuk rakyat dan mendidik anak bangsa. Sangat jauh berbeza dengan pemikiran budak-budak universiti lain (tak semua tapi majoriti) diminda mereka yang banyak menekankan aspek belajar untuk bekerja atau belajar untuk industri semata-mata. Tapi kawan-kawan upsi memang secara tegasnya pilihan utama mereka akan berkhidmat di sekolah.

       Rata-rata perbincangan antara kami menekankan maha pentingnya mahasiswa perlu mempunyai idealisme tersendiri bukan didoktrinisasikan dengan mana pendekatan partisan politik. Dan yang paling malangnya jika idelisme mahasiswa juga bertujuan untuk jadi alat H.E.P semata-mata. Kepimpinan mahasiswa bukan penjilat H.E.P tapi adalah pejuang hak-hak mahasiswa itu sendiri secara khusus dan pejuang hak-hak masyarakat secara umumnya.

       Kawan-kawan UPSI ku ini ingin sertai pilihanraya. Tapi dugaan mereka cukup hebat. Mehnah tribulasi ibarat badai taufan yang kuat yang menguji kekuatan semangat perjuangan mereka kerana mereka bukan pilihan H.E.P. Mereka ikhlas berjuang demi mahasiswa. Aku hanya mampu berdoa supaya mereka terus tabah dan diberikan kekuatan dalam perjuangan kebenaran.

       Aku tak keseorang rupa-rupanya. Masih ada mahasiswa yang betul-betul menjunjung semangat ketelusan nilai perjuangan mahasiswa di kala majoriti yang tinggal dan hidup di kampus sekadar untuk 3 K ( Kediaman, Kuliah, Kantin) semata-mata. Terharu hati ini melihat perjuangan mereka yang sanggup sabar menghadapi tekanan H.E.P.

       

Antara kata-kata mereka yang kuingat yang cukup menyentuh perasaanku…


"Saya tak kisah jika selepas habis di UPSI ini tiada kerja dan tak boleh posting sebab H.E.P sabotaj kerana terlalu lantang. Saya boleh jual burger sekali pun dan itu adalah kerja halal yang saya sanggup buat walaupun saya mempunyai ijazah pendidikan…"

"Kami akan terus berjuang di sini, kerana faktor sejarah bahawa barisan para cikgulah antara yang terawal memperjuangkan kemerdekaan, tapi nama guru-guru tidak disebut pun dalam sejarah perjuangan kemerdekaan…"

"Jika barisan para guru tiada idealisme apa akan terjadi pada anak bangsa yang kami akan didik nanti…"

"Kami adalah pejuang, para pejuang akan terus berjuang walau di mana sahaja kami dicampakkan…"

         Wahai sabahat-sahabat UPSI jauh di sudut hati ini sentiasa mendoakan kalian supaya terus diberi kekuatan dan ketabahan.. Kalian adalah bakal barisan guru yang akan mendidik anak bangsa.. Kerana gurulah adanya Perdana Menteri, Peguam, Engineer, Doktor.. Kerana gurulah kukenal siapakah dunia ini….

10 Ramadhan 1428

September 24th, 2007 by jutawan35

        Hari ni waktu pagi aku tersedar pukul 6 pagi. Jawabnya tak sahurlah aku. Padahal dah set alarm. Dah pesan dah kat orang tu tolong kejutkan. Tapi dia pula tade kredit. Aku terlalu letih sebab terlalu pack dengan program-program jemaah dan jabatan sepanjang 3 hari yang lepas.

        Petangnya aku ada majlis berbuka puasa di Putrajaya pula juga sebagai mewakili jabatanku. aku buka puasa di Putrajaya dan maghrib di Presint 8. Tapi Isyak dan tarawih di masjid UPM serdang. Habis saja witir aku bersama bro. Zaid terus bergerak ke Kolej Darul Hikmah ada majlis ekspresi sajak bersama Dr. siddiq Fadzil.

        Dalam pukul 10.00 malam bergerak ke anjung Rahmat gombak untuk ambil bahan untuk sampaikan pengisian dalam program iqrac circle adik-adik UiTM esoknya. Aku kena bentang tajuk al-Quran dan Ramadhan. Kali ni ada peristiwa menarik. aku dapat kawan baru bernama Osama . orang Palestin. Handsome dan kacak orangnya. Dia tak dapat pulang ke Palestine sebab di tempat asalnya Semenanjung Gaza terlalu bergolak. dia menumpang di rumah bro Zaid.

       Kesian sangat pada dia. Aku hampir menangis mendengar luahan rasa hati dia tentang perang antara Fatah-Hamas akhirnya yang untung Israel dan meran rakyat awam sepertinya. Dia nak cari kerja di Malaysia.

         Semoga dia dikukuhkan iman dan diberikan peluang rezeki di malaysia. Dia pakar dalam bidang engineering dan IT. Umurnya 27 tahun. Malam tu aku tidur di rumah bro. Zaid dan osama. Nantilah aku cerita kat korang lagi tentang Osama ni.

7 hingga 9 Ramadhan 1428

September 23rd, 2007 by jutawan35

Assalamualaikum w.b.t.

         Untuk coretan kali ini aku memilih untuk menggabungkan sekali aktivitiku pada 7 hingga 10 Ramadhan. Sebenarnya aku terlalu busy dengan pelbagai aktiviti. Bila aku nak ingat kembali program yang telah dilaksanakan memang banyak yang dah terlupa.

7 Ramadhan (Rabu, 19 Sept)

          Solat tarawih hari ini di Masjid Bukit Indah. Usrahku berjalan lancar seperti biasa . Kali ini yang hadir cuma 6 orang sahaja. Ustaz Basri banyak menekankan aspek soal hati dan keihklasan dalam perjuangan di jalan dakwah. Cukup menginsafkan hati ini.

8 Ramadhan (Khamis, 20 Sept)

         Hari ni adalah harijadiku yang ke 25 jika mengikut kalendar masihi.Tiada apa aktiviti menarik di pejabat. Duduk kat pejabat seharian melayan komputer dan cari bahan-bahan menarik di internet. Tapi hati happy sangat-sangat  bila melihatk wish birthday yang banyak juga dalam frienster.

       Kalau ikutkan sirah nabawiyah. Umur 25 Rasulullah telah menerima wahyu yang pertama. Aku juga berharap dan berdoa semoga umur 25 tahun ini menjadi satu manifestasi perubahan atau anjakan paradigma dalam diriku agar menjadi insan soleh dan berjaya di tahap maksimum dalam segala lapangan kerja yang diceburi dan diniatkan kerana ALLAH s.w.t.. Amin.

Berbuka puasa di Hotel De Palma

        Program ni anjuran bersama JASA dan jabatanku. 6.30 petang di surau Hotel De Palma di buat tazkirah tentang isu kualiti puasa dan kesan puasa pada insan yang disampaikan oleh Ustaz Nik dari JASA. Best sungguh majlis berbuka puasa kat hotel sebabnya kami sebenarnya berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim. Tapi kebetulan pula Erra Fazira dan tunang dia pun ada sekali kat situ. Tak senang dia nak makan sebab ramai sangat orang nak bergambar.

        Ada lebih 100 jenis makanan yang disediakan. Jadi aku memilih untuk tidak makan nasi. Aku hanya makan lauk, kuih dan buah-buahan saja. Makanan yang aku pilih kambing bakar, sup tulang, kuih-kuih tradisional, rojak buah, kebab, abc, air panas, yong tau foo dan macam-macam lagi. Tapi aku ambil sikit-sikit.

       Masa berbuka aku makan sikit-sikit saja dahulu. Kemudian solat maghrib di Surau di situ. Di hotel ni yang aku nak puji suraunya sangat-sangat selesa dan disediakan imam berjadual walau pun di luar bulan ramadhan. Ada fikrah Islamlah bos dia. Lepas maghrib sambung melantak balik. Masa Isyak sampai tarawih dan witir habis aku sambung makan lagi. Dalam 9.30 mlm tulah ada show untuk anak-anak yatim.Kesian kat dia orang tiada ibu ayah.

       Tapi di kalangan kita ibu ayah masih ada tapi sering kali melukakan hati mereka. Bagiku, sambutan puasa aku sangat istimewa hari ni. Makan makanan mewah bersama anak-anak yatimTapi yang paling istimewa ialah dapat sms terawal yang best dan cute sangat-sangat dari si bunga nan indah di taman permai pada hari ulang tahun kelahiranku. Ada ke patut dia kata Happy Old Day kat aku…

9 Ramadhan (Jumaat, 21 Sept)

         Hari ni memang sangat-sangat mengujakan. Paginya di pejabatku ada program ceramah sempena Ihya Ramadhan bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Beliau menyampaikan ceramah yang sangat-sangat menarik dan sungguh berkesan. Isi kandungan beliau menyentuh konsep penghayatan dan konsep puasa.  Beliau menyebut tentang pentingnya kita bangga dengan bahasa melayu dan amalan budaya melayu yang sangat cantik yang selari dengan Islam. Ini kerana Allah menciptakan bangsa dulu baru sampaikan agama Islam kepada bangsa.

       Contohnya, orang melayu beribu tahun memeluk ajaran hindu tapi setelah 600 tahun memeluk Islam bangsa Melayu juga telah menjadi bangsa yang hebat. Wujudnya pelabagai bangsa adalah tanda kehebatan Allah s.w.t,

        Beliau juga menyebut tentang amalan terbalik umat Islam di bulan Ramadhan. Kita hanya baik di bulan Ramadhan. Tapi di bulan-bula lain kita kembali jadi jahat. Di bulan puasa kita jihad tapi di bulan lain kita jahat.

Contoh amalan terbalik umat Islam:-

1) Di bulan ramadhan artis-artis tak buat konsert tapi di bulan lain konsert bukan main hebat lagi.

2) Solat raya ramai datang walaupun sunat tapi solat fardhu ramai yang tinggalkan.

3) Awal ramadhan ramai tarawih tapi hujung ranmadhan kurang sedangkan Lailatul Qadar di hujung ramadhan.

4) Buat umrah selalu tapi haji tak pergi.

5) Ramai yang pakai sopan dan tutup aurat di bulan ramadhan tapi di bulan lain buka aurat.

Isu perempuan seksi.

        Perempuan yang suka buka aurat selalu beralasan yang penting hati baik. Lelaki yang salah sebab pergi tengok mereka pakai seksi. Bagi mereka, salah laki sebab kenapa pergi tengok dia orang? Ustaz Ridhuan kata, bukan isu kenapa laki tengok kamu?

       Tapi isunya kenapa kamu buka aurat? Ustaz kata, laki kalau selak peha ada ke orang ghairah ? Geli lagi ada sebab kaki laki berbulu. (Aku gelak terbahak-bahak masa dia cakap benda peha laki tu) Tapi kalau perempuan selak kain nampak peha situasinya berbeza dengan laki.

Isu rokok

        Ustaz kata babi lebih baik dari perokok. Rokok haram sebab perokok mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan. Ustaz buka sebuah cerita tentang seekor babi yang datang ke kebun-kebun sayur dan jagung. Di kebun-kebun sayur babi  makan semua sayur dan jagung. Tapi ada satu kebun ni si babi tak kacau.

        Ustaz cakap babi tu tak ganggu kebun tersebut sebab tu kebun tembakau. Babi tu tahu tembakau membahayakan kesihatan dia. Babi tu pun tahu kesihatan ustaz tu cakap. Semua gelak terbahak. Tapi 80% orang laki di pejabatku hisap rokok terdiam saja.

        Petangnya pula berbuka puasa di Masjid Muhsinin Taman Damai Desa kawasan Parlimen Seputeh. Aku mewakili jabatan sebagai tetamu khas. Program buka puasa dan ceramah ini ditaja oleh jabatan aku. Ceramah disampaikan oleh ustaz Jazran berkenaan dengan lailatul qadar dan ramadhan. Catitan yang sempat aku buat adalah seperti berikut:-

Siapa yang dapat ramadhan?

1) Orang Islam yang beriman

2) Orang Islam yang beriman dan beramal

3) Orang Islam yang beriman, beramal dan berhati mulia.

Ustaz kata ada ketiga-tiga ciri di atas barulah seorang muslim itu dapat Lailatul qadar.

Rumah yang malaikat tak masuk ketika lailatul qadar

1) Ada anjing

2) Ada arak

3) Ada babi

4) Ada orang berzina

5) Gambar manusia

6) Ada patung

Tanda-tanda lailatul qadar

1) Terang, damai dan tenteram

2) Tidak sejuk sangat dan tidak panas sangat

3) Esoknya keadaan pagi tidak terik

        Lepas maghrib di masjid tersebut aku terus ke sebuah surau di kawasan jalan pudu kerana di situ ada ustaz mengajar sebelum tarawih. Kuliah di surau tu dibuat boleh dikatakan hampir setia hari selepas solat Isyak hingga 9.30 malam. Kemudia baru tarawih lapan rakaat dan witir 3 rakaat. Habis 10.30 malam. Kemudian ada tahlil arwah.

          Waktu tu ustaz yang mengajar adalah mengenai penghayatan Al-Quran di bulan ramadhan beserta fadhilatnya. Tapi malangnya aku tertinggal pula buku nota tazkirahku. Jadinya banyaklah input menarik aku telah lupa.

         Menyesal pula rasa. Ustaz yang mengajar orang Kedah dan suaranya menagjar lantang dan isi ceramah sangat menarik. Ustaz menekankan tentang aspek kemuliaan al-Quran, kepentingan kita melaksanakan segala isi kandungan Al-Quran dan besarnya pahala jika memahami dan mengamalkan perintah Allah di dalam Al-Quran.

       9 Ramadhan bagiku sangat-sangat istimewa sebabnya pecah rekod tahun ini aku dengar ceramah ustaz seramai 3 orang ustaz dalam satu hari dari pagi sampai malam. Semoga Allah melimpahi rahmat pada diriku, mama ayah, adik-adik dan semua umat muslimin. Amin.

Isu syukur dan redha…

September 18th, 2007 by jutawan35

6 Ramadhan 1428

        Hari ni hari di pejabat sepanjang hari macam biasa saja. Cumanya sekarang ini tempoh bertenang. Tiada apa-apa kerja kena buat. Cuma aku baru dapat memo dari bos untuk tinjauan kawasan dari aspek politik hujung minggu nanti.

         Satu lagi memo pula aku dapat mengarahkan aku menghadiri buka puasa di Hotel De Palma Ampang bersama Pengarah JASA Wilayah dan wakil-wakil pemimpin masyarakat dan komuniti BESTARI Putrajaya dan Kuala Lumpur pada hari khamis.

         Ada tazkirah sebelum buka puasa. Yang bestnya hotel De Palma ni menyediakan surau yang cukup selesa dan ada imam tetap walaupun di luar bulan ramadhan.Hari rabu pula ada seorang jutawan ajak buka puasa di Kelab Tasik Putrajaya. Tapi disebabkan aku ada usrah pada rabu ni dan iftar jamaie aku tolak dengan baik.

        Syukur pada Allah. Kalau rezeki nak makan mewah di hotel-hotel semenjak aku kerja ni terlalu melimpah ruah sampaikan aku terpaksa menolak sebahagiannya. Dulu di kampus nak makan pun kena pilih tempat makanan yang paling murah dan jimat.

          Di rumah ada tetamu dari jauh datang ziarah di rumahku. Sepupu kepada mamaku. Dia bawa sekali dua orang anak perempuan dia datang ke rumah. sorang tu dah kawin anak sorang. Comel sangat budak kecil tu. Aku cubit-cubit pipi tembam dia masa mak dia tak nampak.

       Selain tu, aku juga ada sorang lagi tetamu special datang. Sahabat baikku dunia akhirat. Nama dia Rezwan sekarang dah jadi Pegawai Sains di UPM. Baru dua hari kerja. Sebelum tu dia jadi pensyarah UiTM Penang dalam bidang polimer. Aku memang happy sungguh bila dia setuju nak buka puasa di rumahku.

        Dari office dia terus ke rumahku di ampang. Sementara nak tunggu hingga masuk buka puasa dari pukul 6 petang tu kami buat discussion ilmiah sikit kat bilik aku.Isu yang dibincangkan ialah isu manhaj maliziy, pondok, dan juga aliran wahibisme. Dia mengaku dia dah mula minat ceramah Dr. Asri. aku pesan kat dia hati-hati dalam menggunakan pendapat Dr. Asri. Jangan sampai semua perkara dalam Islam dimudah-mudahkan dan dibidaahkan.

         Bagiku Islam memang mudah tapi bukan cari jalan untuk dipermudah-mudahkan. Rezwan dari jemaah yang sama dariku. Mantan exco PKPIM jadi InsyaAllah dia dah clear tentang soal wahabisme dan manhaj maliyzi ni. Rezwan ni juga akan ke German tahun depan untuk sambung master dalam bidang polimer tajaan USM. Hebat betullah dia. Memang rezeki dia sebab berkat dia baik pada ibu, keluarga dan aktif dalam ativisme mahasiswa Islam.

        Dia memang bercita-cita nak jadi tokoh academician dan seterusnya buat PHd manakala aku pula more on politician dan juga pakar kewangan jutawan. Jadi hasil perbincangan kami walaupun berbincangan kami berbeza tapi percambahan ilmu semakin berkembang bila kami berbincang dan kami berada dalm kerangka jemaah yang sama. Aku cakap pada dia, jika aku jadi Perdana Menteri dia akan aku lantik jadi Menteri Pelajaran. dia ketawa saja.

        Ahad ni turn aku pula buka puasa di rumah dia di shah Alam.Dah lama tak jumpa mak dia yang baik hati. Isyaknya pula Abang Aidil yang juga senior kami dalam jemaah juga datang melawatku. Hari ni happy sungguh sebab kawan-kawan hebatku ni datang jumpa aku di rumah sebab sebelum ni masing busy dengan tugasan masing-masing. Abang aidil ni zaujah dia hafizah quran.

     Kami tarawih di Masjid Pandan Indah yang besar dan cantik. Imamnya budak sekolah tahfiz yang masih kecil tapi suara masyaAllah sedap macam Sheikh Ghamidi dan Sheikh Masyari. Sebak hatiku mendengar dia baca quran. Perjalanan pulang ke rumah abang aidil menekankan konsep syukur dan redha.

        Dia setuju dengan passion aku nak jadi jutawan dan politician. Katanya politik adalah begitu suci dan bersih seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. Tapi mengapa manusia yang mengotorkannya dan mudah-mudah menuduh plitik itu kotor. dan politik pula beliau mencadangkan janganlah setakat untuk jadi DUN, ahli Parlimen biasa tetapi bagaimana hendak mnegetuai politik global antarabangsa yang meliputi ekonomi, ketenteraan, teknologi.

       Begitu juga jika jadi jutawan, adakah target hanya sekadar untuk sedekah pada anak-anak yatim, keluarga susah atau masyarakat di negara, tapi lihat juga kekayaan dalam konteks untuk bantu ummah. Kiranya luaskan konsep masyarakat kepada ummah. dan jika gagal mencapai apa yang dicita-citakan jangan kecewa kerana sudah pasti ada hikmah di sebaliknya dan koreksi diri apakah kesilapan diri sendiri jika kita gagal bukan menunding pada orang lain.

     Mantap betul hujah dia. Yelah orang dah kahwin memanglah hujahnya akan lahir dari hati dan jiwa yang tenang. Maca aku ni bilalah agak-agaknya boleh mendirikan masjid ni sebabnya banyak betul kekurangan diri terutamanya dari aspek ekonomi dan ilmu agama.

         Orang perempuan sekarang sukaletak harga tinggi-tinggi sehinggakan membebankan si suami yang seterusnya memberi kesan pada pembinaan rumah tangga di masa hadapan.Banyak pula aku berceloteh hari ini.

Wassalam..